perihal saya sahaja

My photo
sabah, tawau, Malaysia
assalamualaikum, welcome to my blog, can call me ika, i was born in semporna sabah on 10 december 1991, boleh dikatakan mix sebab ayah penang arwah mak pure sabah..mix negeri jek punn, saya obses dengan kerja,makanan dan binatang especially cats ! dont mess with me, coz im totally changes from human to lion !! but im quite friendly to people i may know.. sombong ? bukan sombong lahhhh saya cuma kurang bercakap dengan strangers.. haa okey lahhh happy blogging guys !!

Wednesday 13 April 2016

dalam kenangan


assalamualaikum w.b.t 

167 hari perginya wanita yg telah bertarung dgn nyawa utk melahirkan kami 5beradik, berkorban tenaga dan usia untuk membesarkan kami, berjaga siang dan malam utk jaga kami.. sanggup bersusah payah demi membahagiakan kami sekeluarga.. yaALLAH, kau tempatkanlah wanita ini bersama orang-orang yg Engkau kasihi. 

tidak pernah wanita ini mengeluh akan keletihan akibat kenakalan kami, tidak pernah wanita ini mengeluh akan kerja dan tanggungjawabnya membesarkan kami, yaALLAH kau hapuskan la segala dosa2 wanita ini. 

KAU telah pinjamkan kami wanita ini untuk mendidik dan mendewasakan kami, wanita ini adalah anugerah yang paling tidak ternilai harganya, yaALLAH kau permudahkanlah segala urusan wanita ini dialamMU.. 

tenanglah wahai ibuku,semoga dikau ditempatkan bersama para solihin al-fatihah buatmu serta rindu sebesar lautan untukmu, semoga kita dipertemukan dialam yang sama insyaALLAH aamiin