perihal saya sahaja

My photo
sabah, tawau, Malaysia
assalamualaikum, welcome to my blog, can call me ika, i was born in semporna sabah on 10 december 1991, boleh dikatakan mix sebab ayah penang arwah mak pure sabah..mix negeri jek punn, saya obses dengan kerja,makanan dan binatang especially cats ! dont mess with me, coz im totally changes from human to lion !! but im quite friendly to people i may know.. sombong ? bukan sombong lahhhh saya cuma kurang bercakap dengan strangers.. haa okey lahhh happy blogging guys !!

Friday 20 November 2015

kehilangan

assalamualaikum

berkait dengan past entry, i was lost my only mom and this is the most worst ever.. kehilangan wanita yang bertarung nyawa melahirkan aku lebih teruk berbanding hilang orang yg kita cintai, pernah satu ketika dahulu aku hilang kekasih yg paling aku cintai.. tetapi kehilangan itu ta dapat tandingi kehilangan seorang ibu..

kehilangan mengajar aku erti kehidupan sebenar, bertapa perit hari-hari yang aku jalani tanpa syurgaku..dimana aku perlu berdiri untuk ayah dan adik-adikku.. jiwa kusut untuk pulih,jiwa terlalu kosong untuk dihuni.. bertapa hebat dugaan yang diturunkan.. pernah ayah berkata takdir hidup kita tak dapat jangka, bersedia dan redha dengan segala kemungkinan.. janji ALLAH itu pasti, ya aku yakin ALLAH akan turun hikmah yang lebih baik untuk kami.. 

sungguh aku rindu akan wanita yang melahirkan dan mendewasakan aku, sungguh aku rindu akan pelukan wanita itu, andai aku diberi satu kali peluang, aku ingin bersama wanita itu sampai akhir hayat ku.. andai diberikan satu lagi peluang ingin aku cium wanita itu sehabis2 nyawaku.. 

yaALLAH, kau permudahkanlah segala urusan ibuku,kau ampunkanlah segala dosa-dosa ibuku, kau halalkanlah degala makan minum ibuku,kau terangilah pusara ibuku, kau tempatkanlah ibuku bersama orang-orang yang beriman, yaALLAH kau angkatlah doa-doa yang aku titipkan buat ibuku, semoga doa-doa ku iringi perjalanan ibuku diAlamMU.. aamiin yarabbal'alamin.. 


Wednesday 18 November 2015

bonda

assalamualaikum w.b.t 

entry utk kali ini selepas beberapa lama menyepikan diri, pertama sekali Al-fatihah buat bonda tercinta yang telah kembali kerahmatullah pada 29hb oktober 2015..

setelah genap dua bulan, bonda terlantar tanpa sebarang pergerakkan dan mengeluarkan suara akhirnya bonda pergi meninggal kami semua, perasaan hiba mengetarkan seluruh jiwa,meragut semua perasaan yang ada, ibarat nyawa terpisah dari jasad.. 

bonda disaat hembusan nafas-nafas akhirmu kami semua ada disisimu masih berharap yang bonda akan terus bertahan dan terus kuat, bonda bertapa kami sayang padamu.. bonda hembuskan nafas terakhir 1345hrs aku terduduk dan suamimu terduduk disisi tatkala melihat dirimu tidak lagi bernyawa, ku gapai semua tangan adik2ku yg menangisi pemergianmu bonda.. 

bonda kali terakhir aku mandikan jasadmu, setelah dua bulan aku dan suamimu mengurus semua keperluanmu, bonda terakhir aku memakaikan baju yg akan kau bawa kealam bazakh..airmata ku mengalir setiap kali aku menyentuh jasad kaku mu, bertapa aku rindu kelincahan mu bonda... 

terakhir kita lewati jalan2 yg kerap kita lalui sepnjang hayatmu bonda, perasaan hiba menemani perjalanan kedestinasi utk semadikan jasad mu bonda... bonda ini yang terakhir kita melalui susur2 perjalanan..

tepat 0330hrs jasad mu sampai dengan selamat,perjalanan yang lancar dan semua dipermudahkan, sanak saudara menanti tibanya jasadmu dgn perasaan pilu.. bonda andai bonda lihat bertapa aku merasai kehilanganmu,andai kau lihat bertapa deras airmata ku,bertapa kuat rintihanku keatas pemergianmu ?? kudakap tubuh makcikku sekuat2 yang mampu.. bertapa aku merasai pemergianmu bonda..

tanah perkuburan islam felda sebertak tempat persemadianmu bonda, bersemadilah dengan tenang disana..aku berharapkan bertemu denganmu disana, semiga dipermudahkan segala urusanmu dialam sana bonda,aku titipkan doa utk iringi perjalananmu disana.. yaALLAH, kau permudahkan semua urusan syurgaku dialammu, kau ampunkanlah segala dosa2 bondaku,kau tempatkan bondaku bersama orang2 yang beriman..